Exclusive Content:

Next, Try These 8 Video Games

Arco is a game that offers something for everyone,...

The Typical Price of Homeowners Insurance in...

Homeowners insurance is a crucial aspect of protecting your...

Calendar of Music Industry Events: Festivals, Awards,...

As the music industry continues to evolve and grow,...

Siti Nurhaliza invites friend for ’shopping‘, young man quickly agrees without hesitation! – „She gives RM100, treats to eat at Lotteria“ – Viral

PELUANG bertemu dan beramah mesra dengan artis pujaan pastinya meninggalkan kenangan manis kepada sesiapa sahaja.

Perkara sama diakui lelaki ini apabila dia bukan sahaja berpeluang beramah mesra malah dipilih menjadi penterjemah penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Mengimbau memori indah itu, pemilik akaun X @kroolnizam berkata, pertemuan tersebut berlaku pada 2012 semasa artis popular itu tiba di Korea Selatan bersama sekumpulan wartawan.

„Pada masa tu, aku belajar di sana dan pergi jumpa dia di hotel untuk minta sain serta bergambar. Kemudian dia ajak jadi penterjemah sebab dia nak beli-belah.

Siti Nurhaliza turut menjadi tumpuan masyarakat Korea termasuk pemilik kedai kasut (berdiri belakang).

„Dia boleh tanya… kejap lagi kak Iti nak pergi shopping, korang free tak? Kalau free jomlah join boleh jadi translator nanti.

„Dia siap pesan supaya jangan beritahu perihalnya pada orang dan buat seperti biasa sahaja,“ ujarnya berkongsi cerita.

Sungguhpun cuba berpegang kepada pesanan tersebut, dia bagaimanapun tidak menyangka aura yang ada pada Siti Nurhaliza membuatkan sosok istimewa itu tetap dikenali masyarakat Korea Selatan.

Ujar pemuda itu, insiden sewaktu mereka sedang membeli-belah di sekitar Dongdaemun masih segar dalam ingatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak lelaki 7 tahun puji Siti Nurhaliza cantik, wangi sangat… Bertuah dapat bergambar, siap buat isyarat ‘love’ separuh sama-sama!

ARTIKEL BERKAITAN: “Mujur tak jawab nama Aafiyah” – Sebelum konsert, karaoke bukan main… Tokti depan mata peminat gugup terus lupa nama anak

„Masuk satu kedai kasut ni, tiba-tiba pemilik kedai datang dan berbisik dekat aku… yang masuk kedai ni bukan orang biasa kan?.

„Aku pun jawablah orang biasa… tapi dia kata jangan tipu sebab dia boleh rasa aura (Siti Nurhaliza) lain dan sangat cantik.

„Akhirnya aku pun cakap yang dia artis terkenal di Malaysia,“ katanya mengimbau momen berkenaan.

Boleh masuk resume jadi translator penyanyi nombor satu negara.

WARGA MAYA

Pendedahan tersebut membuatkan pemilik premis tersebut teruja dan terus memaklumkan kepada rakan-rakannya.

Ekoran daripada itu, ramai pemilik kedai berhampiran mula memanggil Siti Nurhaliza untuk masuk ke premis mereka.

Menurut cerita pemuda itu lagi, tugasnya sebagai penterjemah kepada Siti Nurhaliza berakhir dengan satu lagi kenangan manis.

„Selepas selesai semuanya, aku dan kawan dibelanja makan di Lotteria. Kemudian dia bagi aku RM100 tapi aku tolak. Dapat ambil gambar pun dah bersyukur sangat.

Gambar kenangan ketika makan bersama Datuk Siti Nurhaliza di Lotteria.

„Tapi dia paksa juga. Ingat nak frame tapi akhirnya guna juga duit tu. Tapi seronok, memang tak boleh lupa,“ luahnya sambil berkongsikan gambar bersama.

Tambah lelaki ini lagi, kedatangan Siti Nurhaliza bersama rakan wartawan adalah untuk melawat kilang produk jenama SimpliSiti.

„Kalau ingat dulu Siti Nurhaliza pernah jadi juri Maharaja Lawak yang pertama, ada satu minggu tu suara dia hilang dan viral dia nyanyi lagu hari lahir kat Bocil walaupun tiada suara.

„Suara dia hilang lepas balik dari Korea ni… sebab perbezaan musim,“ tambahnya lagi.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Kenangan indah yang dikongsikannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Rata-ratanya turut memuji dan menyatakan dia seorang yang bertuah kerana berpeluang menjadi penterjemah kepada Siti Nurhaliza.

„Seronoknya dapat peluang macam ni. Ia pengalaman yang tak boleh dibeli.

„Untuk dapat shopping dengan Siti Nurhaliza.

„Boleh masuk resume jadi translator penyanyi nombor satu negara,“ ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Latest

Next, Try These 8 Video Games

Arco is a game that offers something for everyone,...

The Typical Price of Homeowners Insurance in September 2024

Homeowners insurance is a crucial aspect of protecting your...

Calendar of Music Industry Events: Festivals, Awards, and More

As the music industry continues to evolve and grow,...

Newsletter

Don't miss

Browse our selection of 21 women’s denim jackets perfect for early fall shopping

No matter the season, a good denim jacket is...

Top 30 Design Books of 2024

If you are a design enthusiast or simply love...

A Stunning Native Clematis

Pale leather flowers, also known as Clematis versicolor, are...

Next, Try These 8 Video Games

Arco is a game that offers something for everyone, with its fantastic combat system being a standout feature. The seamless blend of elements from...

The Typical Price of Homeowners Insurance in September 2024

Homeowners insurance is a crucial aspect of protecting your most valuable asset — your home. However, the cost of insuring your home has been...

Calendar of Music Industry Events: Festivals, Awards, and More

As the music industry continues to evolve and grow, staying informed about industry events is crucial for professionals looking to network, learn, and stay...