Kempen JOMLokal yang dilancarkan oleh TikTok Shop awal tahun ini telah menjadi satu inisiatif yang berjaya dalam memperkasakan produk dan usahawan tempatan. Kerjasama antara TikTok Shop dan TEKUN Nasional di peringkat Zon Utara telah membawa kejayaan kepada 250 usahawan tempatan dari negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis dengan pertumbuhan ekonomi digital sebanyak 243 peratus.
Pada 6 dan 7 Ogos lalu, TikTok Shop telah menganjurkan Kursus Memperkasa Usahawan TEKUN (Edisi Selangor) yang telah memberi manfaat kepada lebih 130 usahawan tempatan. Mereka telah menyenaraikan lebih daripada 15,000 SKU produk tempatan di bawah Kempen JOMLokal. Melalui bengkel tersebut, usahawan telah menerima latihan praktikal dan tips kejayaan jualan penstriman langsung, serta diberi baucar jualan bernilai RM1,400.
Seramai 10 usahawan terbaik dari Selangor akan dipilih untuk membuat jualan penstriman langsung sempena Karnival TEKUN Madani Kuala Langat di Dataran Morib. Bengkel tersebut merupakan inisiatif memberi latihan kepada usahawan luar talian dari pelbagai industri tempatan sebagai persediaan bagi pertandingan jualan TikTok Shop x Karnival TEKUN Madani di bawah kempen #karnivaltekunbersamatiktokshop.
Dalam minggu pertama, melalui inisiatif TikTok Shop x TEKUN Nasional, usahawan tempatan telah menjayakan lebih 3500 hasil pesanan produk tempatan. 10 usahawan terbaik akan dipilih untuk membuat jualan penstriman langsung secara fizikal di Booth TikTok Shop pada Karnival TEKUN Madani, Kuala Langat di Dataran Morib.
TikTok Shop sekali lagi dipilih sebagai rakan kolaborasi sempena penganjuran Karnival TEKUN Madani Kuala Langat. Karnival tersebut dijangkakan akan menarik 20,000 pelawat di mana usahawan TEKUN Nasional yang terpilih akan menerima sokongan baucar, trafik iklan berbayar, kit penstriman langsung, serta sokongan pemasaran rasmi oleh TikTok Shop.
Aktiviti menarik akan diadakan semasa karnival tersebut termasuk kursus percuma oleh Peniaga Cemerlang TikTok Shop tentang teknik perniagaan melalui TikTok, aktivasi luar talian bertemakan TikTok Shop, majlis anugerah cemerlang usahawan TikTok Shop x TEKUN Nasional, permainan happy hour TikTok Shop, pertandingan video TikTok Karnival TEKUN Madani Edisi Kemerdekaan, jualan penstriman langsung bersama vaucar istimewa peniaga cemerlang TikTok Shop, dan jualan penstriman langsung bersama top creators TikTok-UTUSAN.
Dengan inisiatif yang diteruskan ini, diharapkan usahawan tempatan dapat terus berkembang dan berjaya dalam perniagaan harian masing-masing. Kempen JOMLokal yang diperkasa oleh TikTok Shop telah membawa manfaat yang besar kepada komuniti usahawan tempatan dan ekonomi digital tempatan secara keseluruhan.