Apabila bercuti ke luar negara, kita seharusnya sentiasa peka dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Di platform X, seorang wanita tempatan dikenali sebagai Nadia Nazir turut berkongsi kisahnya yang nyaris ditipu ketika melancong di Phuket, Thailand.
Dakwa wanita itu, juruwang di sebuah kedai serbaneka mengimbas tiga item yang tidak dibelinya dalam cubaan untuk memperdaya dia dan suami. „Di sebuah kedai serbaneka, seorang juruwang sedang bercakap dengan suami saya tentang rokok yang dimahukannya. Datang seorang lagi juruwang nak imbas barangan kami. Yang imbas ni, dia fikir saya tak tumpukan perhatian sebab suami saya tengah bingit tunjuk-tunjuk dekat bahagian rokok. Secara curi-curi dia imbas tiga paket cecair pencuci pinggan yang memang dah ada di atas kaunter. Kiranya barangan display di situ,“ ujarnya.
Menurut wanita itu, dia kemudiannya meminta resit pembelian, menyebabkan juruwang berkenaan cuak dengan permintaannya. Thailand turut dikenali sebagai ’syurga makanan‘ dalam kalangan pelancong Malaysia. „Saya tak cakap apa-apa, perhati senyap-senyap. Dengan selamba dia terus imbas barang-barang yang kami beli. Kemudian saya cakap, boleh bagi kami resit? Muka dia cuak. Dia beri resit tulisan Thailand. Saya kata saya tak boleh baca tapi saya tak beli cecair pencuci itu. Dia cakap maaf, dia senyum-senyum sambil beri refund. Dia buat macam tak sengaja dan dia tahu saya malas nak cakap lebih sebab dia pun tak berapa fasih bahasa Inggeris. Atau mungkin buat-buat tak fasih,“ ceritanya lagi.
Menurut pengadu, dia pernah terbaca perkongsian daripada pelancong lain yang ditipu di Thailand dan tidak menyangka kejadian sama akan berlaku ke atasnya. „Sebelum pergi Phuket hari tu, terbaca kat satu forum orang cakap kena hati-hati pergi kedai serbaneka, kadang mereka caj lebih dekat kaunter. Nak jadi cerita memang kena dekat kami. Berhati-hati semua. Apabila dia imbas barang tu, perhati apa yang dia imbas. Perhati apa yang dia caj dan berapa kali dia imbas setiap barang,“ pesannya lagi menerusi siri ciapan tular itu.
Kisah Nadia Nazir ini menjadi pengajaran penting bagi semua pelancong yang melawat ke luar negara. Sentiasa berwaspada dengan taktik penipuan yang mungkin berlaku di tempat-tempat pelancongan yang ramai dikunjungi. Berhati-hati dan sentiasa memerhatikan setiap transaksi pembelian yang dilakukan, serta meminta resit sebagai bukti pembelian adalah langkah-langkah penting untuk mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube. Dengan kesedaran dan kehati-hatian yang mencukupi, kita boleh menikmati pengalaman melancong yang selamat dan menyeronokkan tanpa terjebak dalam penipuan yang tidak diingini.